;

imuone

Saturday, October 31, 2009



Salam semua,

Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan semua satu peluang untuk kita memperolehi pendapatan sampingan yang membolehkan kita bebas dari masalah kewangan. Apa yang saya ingin berkongsi dengan semua adalah "Bagaimana Cara Memperolehi Pendapatan Dengan Loyalty Program". Walaupun nampak seperti biasa tetapi dalam program ini kita mampu memperolehi puluhan ribu sebulan dengan mudah. Sebelum itu, biar lah saya terangkan dahulu apa itu Loyalty Program.


Apa itu Loyalty Program?


Loyalty Program adalah satu program yang digunakan oleh sesebuah syarikat untuk memberikan ganjaran yang lumayan kepada pelanggan tetap mereka. Loyalty Program ini amat penting pada syarikat bagi memastikan pelanggan mereka kekal membeli atau melanggan produk mereka. Loyalty Program bukanlah perkara baru dalam dunia perniagaan tetapi mungkin kita yang tidak sedar, malahan bank-bank pun turut menggunakan program ini. Loyalty Program banyak digunakan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Singapura. Negara kita tidak terkecuali menggunakan program ini seperti Bonuslink, Real Rewards dan lain-lain lagi.

Loyalty Program Yang Ada Di Luar Negara
Loyalty Program Yang Di Negara Kita

Apakah Loyalty Program Yang Saya Sertai...

Sebenarnya banyak Loyalty Program yang saya sertai seperti Kad Mesra JCard, MJ card, Kad Kredit dan banyak lagi. Akan tetapi Loyalty Program yang saya sertai sebelum ini hanya untuk mengumpul point untuk ditebus dengan pelbagai barangan dan tidak boleh untuk memperolehi pendapatan yang lumayan. Loyalty Program yang boleh digunakan untuk memperolehi pendapatan yang lumayan adalah Loyalty Program yang yang bertaraf antarabangsa dikenali sebagai IDC Imuone International Berhad. Syarikat ini berpusat di Mid Valley Centrepoint South, Kuala Lumpur dan mempunyai cawangan di luar negara seperti di Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, China dan Hong Kong.



Siapakah Yang Boleh Menyertai Program Ini?

Sesiapa sahaja boleh menyertai program ini kerana kita hanya berbelanja sambil menunggu point bulanan untuk ditebus dengan barangan atau duit. Semua orang boleh menyertai program ini termasuk mereka yang tinggal di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand. Tidak kira siapa kita asalkan kita mampu untuk membeli pakej yang ditawarkan. Untuk makluman, program ini bukan Skim Cepat Kaya, MLM, Forex dan lain-lain yang sewaktu dengannya.


Apakah Membership Yang Ditawarkan?


Terdapat 3 jenis membership yang ditawarkan oleh syarikat dan masig-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Membership ini bergantung kepada kemampuan kita untuk menyertainya. Walau bagaimanapun, pendapatan bulanan tetap ada mengikut jenis membership. Kita juga boleh redeem barangan seperti laptop, handphone dan barangan diamond setelah kita menyertai program ini. Syarikat juga memberikan beberapa lot saham GDL kepada kita sebagai bonus tambahan.




Apakah Kelebihan Lain Yang Ada?

Syarikat akan memberikan kita baucer mengikut membership yang kita sertai. Selain itu, member akan mendapat diskaun di mana-mana kedai yang menjadi merchant pada program ini. Untuk maklum, lebih ramai lagi merchant yang akan menyertai program ini.



Bagaimanakah Cara Menyertainya?

Sekiranya anda inginkan penjelasan lebih lanjut boleh YM dengan saya dengan ID wanbili atau SMS talian 014-5020724. SMS digalakkan sebelum call, kerana mungkin saya sibuk dan tidak dapat menjawab panggilan anda.